NAJIB MOHON MAAF, DAP YANG KOYAK!
Maka riuhlah seantero negara apabila Datuk Seri Najib memohon maaf dalam kes 1MDB. Teks permohonan maaf tersebut telah dibaca oleh anak Najib di perkarangan mahkamah tempohari dengan kehadiran peguam beliau.
Pak Maon tidak menjangkakan permohonan maaf Najib mendapat respon yang luar biasa. Bagi Pak Maon, mana-mana individu yang memohon maaf dalam apa jua situasi adalah seorang yang berjiwa besar.
Ia ibarat pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Walaupun pernah menjadi Perdana Menteri, Najib tetap memohon maaf kepada rakyat Malaysia biarpun biarpun ianya mengundang kontroversi awam.
Namun masyarakat menerima permohonan tersebut dengan pelbagai reaksi. Paling ranggi (istilah kasual) ialah pemimpin DAP. Berhempas pulas mereka cuba merealisasikan ketidakwajaran permohonan Najib.
Pak Maon rasa tujuan DAP hanya satu, iaitu cuba mengukuhkan kembali ikatan penyokong mereka yang kian longgar. Manakan tidak, sejak menjadi kerajaan, DAP telah banyak melanggar prinsip perjuangan mereka dahulu.
Ini menyebabkan penyokong tegar mereka yang berprinsip mulai longgar dengan DAP. DAP sekarang dilihat parti 'cakap tak serupa bikin' di kalangan masyarakat cina. Terlalu banyak kepincangan DAP yang terserlah!
'Sindrom senyap' pimpinan tertinggi DAP ini juga telah banyak kali ditegur di kalangan mereka sendiri. Namun ianya ibarat 'anjing menyalak bukit'. Pimpinan tinggi DAP tetap tidak berubah.
Maka itu Pak Maon melihat DAP dalam isu permohonan Najib hanya 'menangguk di air yang keroh'. Mereka adalah 'political opportunist' yang acah-acah bersih namun hakikatnya jiwa mereka busuk sekali.
Ada yang mengatakan DAP telah berubah. Pak Maon tidak menafikannya, namun Pak Maon percaya DAP tetap DAP. Cara dan doktrin mereka mungkin berubah, namun matlamat mereka tetap teguh.
Sekali lagi Pak Maon tegaskan, isu permohonan maaf Najib adalah perisai DAP mengepung sokongan kepada mereka yang semakin longgar. Jika mereka tidak 'spin' isu ini, DAP akan dilihat semakin lembik.
Atas alasan inilah DAP dilihat beria-ia mahu kembali dilihat 'hero' di mata penyokong mereka. Maka itu mereka sanggup mengguris hati ahli-ahli UMNO, rakan gabungan mereka di dalam kerajaan sekarang.
Ada baiknya DAP merenung kata-kata seorang pujangga China yang menyatakan "Ketika kamu besar dan kuat, kamu harus kelihatan lemah dan lembut, maka semuanya akan menjadi lebih baik".
Itu mungkin lebih baik bagi menyejukkan suhu yang semakin panas di kalangan ahli-ahli UMNO dan DAP.
Pak Maon : apa khabar agaknya keluarga Teo Beng Hock yang terlalu banyak menerima janji manis ketimbang parti DAP?
Comments
Post a Comment