MADANI 'FLIP-FLOP'?
Itulah, mengata dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih! Perumpamaan ini layak digunapakai kepada kerajaan Madani. Zaman BN terutama zaman Pak Lah menjadi PM, apa yang tidak mereka kata kepada kerajaan ketika itu. Kini senuanya ibarat meludah ke langit, ludah jatuh tertepek ke muka sendiri. Buat PADU kononya mahu diguna sebagai elemen melaksana subsidi bersasar. Tak tahu apa dah jadi PADU. Jangan jadi seperti ikan Padu....kang sudah. Membusuk dan hanya dibuang pemancing apabila ikan tersebut memakan umpan. Kemudian dibuat BUDI pula. Satu sistem yang tidak jauh beza PADU. Harus daftar bagi melayakkan rakyat meneruma subsidi. BUDI pun dah senyap. Jangan termakan budi, bodi yang tergadai sudahlah.. Tak cukup dengan itu, bulan Jun 2024 dibuat pula Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Kena daftar lagi bagi mereka yang layak menerima subsidi diesel individu. Terkini, nak daftar masuk portal kerajaan (dimulakan dengan JPJ), harus gunakan ID tunggal dan harus daftar d...