Posts

Showing posts from November, 2024

SPRM : ANTARA DUA DARJAT

KES 1 Pak Maon terkejut mendengar perihal seorang pendakwah bebas yang ada kes AMLA menawarkan RM150 ribu bagi menggugurkan kesnya kepada pihak berkaitan. Samada jumlah tersebut merupakan tawaran dari pemberi atau permintaan dari penerima, biarlah SPRM yang siasat. Lanjutan itu, tiga orang berkaitan telah ditangkap oleh SPRM bagi membantu siasatan. Ketiga-tiga mereka yang disyaki telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut kes ini. Majistret membenarkan tahanan reman. Maka ketiga-tiga OKS (orang kena siasat) terpaksa tidur di dalam lokap SPRM bagi melengkapi proses tersebut. Jumlah tunai terlibat semasa tangkapan adalah RM20 ribu. Mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah menaiki van SPRM dengan bergari dan memakai baju oren 'lokap SPRM'. Tidur mereka hanya beralas simen, tiada bilik, tiada pendingin hawa dan hanya melihat sekeliling dari sebalik tirai besi sahaja. KES 2 Pak Maon lebih terkejut besar mendengar kes Fashion Valet ...