ZAFRUL DAN PMX SEDANG MENTERTAWAKAN UMNO!
Seantero negara kini tertumpu kepada UMNO yang bakal kehilangan seorang ahli bertaraf senator dan menteri. Tengku Zafrul telah mengeluarkan kenyataan rasmi beliau sudah pun menghantar surat kepada Presiden UMNO untuk berbuat demikian. Maka 'bergegarlah' pemimpin-pemimpin UMNO menepis dan bersilat berkaitan isu ini. Pak Maon tersenyum sinis apabila ada sesetengah Ketua UMNO bahagian mendesak dengan begitu 'garang' sekali. Apa pun desakan mereka kepada Zafrul dan PMX, Pak Maon cuma nak ingatkan kepada ketua-ketua UMNO bahagian bahawa Zafrul dan PMX ini kalis bunyi! Mereka akan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap desakan tersebut. Buktinya jelas dan nyata sekali. Rafizi telah mendedahkan PMX memang 'overule' peraturan PKR yang tidak membenarkan ahli baru bertanding jawatan tinggi dalam parti. Kemenangan Naib Presiden PKR R. Ramanan membuktikannya. Ketika kempen PRU 15 Anwar (sebelum jadi PM) sendiri menyatakan jika Zafrul dari UMNO (ketika itu) menang d...