MADANI 'FLIP-FLOP'?
Itulah, mengata dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih!
Perumpamaan ini layak digunapakai kepada kerajaan Madani.
Zaman BN terutama zaman Pak Lah menjadi PM, apa yang tidak mereka kata kepada kerajaan ketika itu.
Kini senuanya ibarat meludah ke langit, ludah jatuh tertepek ke muka sendiri.
Buat PADU kononya mahu diguna sebagai elemen melaksana subsidi bersasar. Tak tahu apa dah jadi PADU. Jangan jadi seperti ikan Padu....kang sudah.
Membusuk dan hanya dibuang pemancing apabila ikan tersebut memakan umpan.
Kemudian dibuat BUDI pula. Satu sistem yang tidak jauh beza PADU. Harus daftar bagi melayakkan rakyat meneruma subsidi.
BUDI pun dah senyap. Jangan termakan budi, bodi yang tergadai sudahlah..
Tak cukup dengan itu, bulan Jun 2024 dibuat pula Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Kena daftar lagi bagi mereka yang layak menerima subsidi diesel individu.
Terkini, nak daftar masuk portal kerajaan (dimulakan dengan JPJ), harus gunakan ID tunggal dan harus daftar dengan MyDigital. Daftar lagi!
Akhirnya akibat kelemahan sistem pendaftaran, ianya dibatalkan. PADU, BUDI, SKDS dan seumpamanya, semua bermasalah.
Nak menghabiskan pandaftaran, harus dibuat berulang-ulang kali, dibuat tengah malam bagi menjayakannya.
Pak Maon nampak seolah-olah kerajaan gah nak buat macam-macam tetapi tidak bersedia untuk proses pelaksanaan.
Sepatutnya buat persediaan dahulu, dah pasti dengan sokongan sistem yang mantap, barulah dilancarkan.
Ini tidak, rakyat seperti diperkotak-katikkan. Disuruh daftar kemudia daftar lagi! Tak dapat dilaksanakan, batal!
Senang sungguh cara begini. Harap kerajaan MADANI dapat melakukan sesuatu untuk membaiki kelemahan ini. Ianya masih belum terlambat...
Pak Maon : Pak Maon hanya pening fikir daftar masuk lewat tapi daftar keluar awal hotel² di Malaysia sekarang.
Comments
Post a Comment