NAJIB MOHON MAAF, DAP YANG KOYAK!
Maka riuhlah seantero negara apabila Datuk Seri Najib memohon maaf dalam kes 1MDB. Teks permohonan maaf tersebut telah dibaca oleh anak Najib di perkarangan mahkamah tempohari dengan kehadiran peguam beliau. Pak Maon tidak menjangkakan permohonan maaf Najib mendapat respon yang luar biasa. Bagi Pak Maon, mana-mana individu yang memohon maaf dalam apa jua situasi adalah seorang yang berjiwa besar. Ia ibarat pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Walaupun pernah menjadi Perdana Menteri, Najib tetap memohon maaf kepada rakyat Malaysia biarpun biarpun ianya mengundang kontroversi awam. Namun masyarakat menerima permohonan tersebut dengan pelbagai reaksi. Paling ranggi (istilah kasual) ialah pemimpin DAP. Berhempas pulas mereka cuba merealisasikan ketidakwajaran permohonan Najib. Pak Maon rasa tujuan DAP hanya satu, iaitu cuba mengukuhkan kembali ikatan penyokong mereka yang kian longgar. Manakan tidak, sejak menjadi kerajaan, DAP telah banyak melanggar prinsip perjuangan me...