SPRM : ANTARA DUA DARJAT

KES 1

Pak Maon terkejut mendengar perihal seorang pendakwah bebas yang ada kes AMLA menawarkan RM150 ribu bagi menggugurkan kesnya kepada pihak berkaitan. Samada jumlah tersebut merupakan tawaran dari pemberi atau permintaan dari penerima, biarlah SPRM yang siasat.

Lanjutan itu, tiga orang berkaitan telah ditangkap oleh SPRM bagi membantu siasatan. Ketiga-tiga mereka yang disyaki telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut kes ini.

Majistret membenarkan tahanan reman. Maka ketiga-tiga OKS (orang kena siasat) terpaksa tidur di dalam lokap SPRM bagi melengkapi proses tersebut. Jumlah tunai terlibat semasa tangkapan adalah RM20 ribu.

Mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah menaiki van SPRM dengan bergari dan memakai baju oren 'lokap SPRM'. Tidur mereka hanya beralas simen, tiada bilik, tiada pendingin hawa dan hanya melihat sekeliling dari sebalik tirai besi sahaja.


KES 2

Pak Maon lebih terkejut besar mendengar kes Fashion Valet (FV). Katanya kerugian yang dialami melibatkan jumlah RM47 juta. Pemilik saham yang terlibat (suami dan isteri) telah pun meletakkan  jawatan dalam FV serta memohon maaf.

OKS (suami dan isteri) tersebut bebas ke sana ke mari walaupun Pak Maon difahamkan SPRM telah menyerbu kediaman dan pejabat yang ada kaitan dengan kes ini. SPRM memaklumkan tiada tangkapan ke atas mereka berdua.

SPRM juga menyatakan telah menemui aliran wang yang 'mencurigakan' hasil rampasan dokumen berkaitan di pejabat FV. Namun SPRM memaklumkan sekali lagi tiada tangkapan dibuat ke suami isteri tersebut.

Si suami masih boleh bergaya dengan kemeja tempah atau berjenama. Manakala si isteri pula masih bebas berfesyen, menggendong beg tangan kulit serta bersepatu tumit tinggi.

Mereka juga masih boleh boleh pulang ke rumah atau ke mana sahaja selepas proses siasatan. Tangan mereka tidak bergari, pergerakan tidak terhad dan tidak disekat.

Mereka masih boleh tidur di atas tilam yang empok di dalam bilik yang berhawa dingin.

Diingatkan sekali lagi, jumlah kerugian atau penyelewengan yang dikatakan terlibat dalam kes Fashion Valet adalah RM47 juta!


Pak Maon ni orang kampung je. Jumlah RM20 ribu pun sudah dianggap besar apatah lah lagi RM47 juta. 

Bila perkara begini terjadi, Pak Maon tidak menyalahkan masyarakat apabila mereka memandang serong serta sinis dengan SPRM. Persepsi masyarakat adalah SPRM hanya tegas dan tiada kompromi dengan rakyat biasa.

Namun bersikap lunak, tidak tegas serta lembut dengan golongan kaya atau atasan.

Bagi Pak Maon, layanan kepada OKS (orang kena siasat) haruslah adil. Jika yang disiasat perlu ditahan reman, digari dan berbaju oren, laksanakan kepada semua.

Jangan ada 'double standard' atau katogeri tertentu yang membolehkan OKS terlepas dari prosedur SPRM!

SPRM boleh!


Pak Maon : berfesyen seluar yankee dan sapu tangan di leher nak pergi goyang je.  

     


Comments

Popular posts from this blog

ZAFRUL DAN PMX SEDANG MENTERTAWAKAN UMNO!

NAJIB MOHON MAAF, DAP YANG KOYAK!

KETUA MENTERI MELAKA 'MELANCONG' LAGI!