ZAFRUL DAN PMX SEDANG MENTERTAWAKAN UMNO!

Seantero negara kini tertumpu kepada UMNO yang bakal kehilangan seorang ahli bertaraf senator dan menteri. Tengku Zafrul telah mengeluarkan kenyataan rasmi beliau sudah pun menghantar surat kepada Presiden UMNO untuk berbuat demikian.

Maka 'bergegarlah' pemimpin-pemimpin UMNO menepis dan bersilat berkaitan isu ini. Pak Maon tersenyum sinis apabila ada sesetengah Ketua UMNO bahagian mendesak dengan begitu 'garang' sekali.

Apa pun desakan mereka kepada Zafrul dan PMX, Pak Maon cuma nak ingatkan kepada ketua-ketua UMNO bahagian bahawa Zafrul dan PMX ini kalis bunyi! Mereka akan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap desakan tersebut.

Buktinya jelas dan nyata sekali. Rafizi telah mendedahkan PMX memang 'overule' peraturan PKR yang tidak membenarkan ahli baru bertanding jawatan tinggi dalam parti. Kemenangan Naib Presiden PKR R. Ramanan membuktikannya.

Ketika kempen PRU 15 Anwar (sebelum jadi PM) sendiri menyatakan jika Zafrul dari UMNO (ketika itu) menang di Kuala Selangor, beliau tidak akan sesekali akan menerima Zafrul menyertai kabinetnya.

Namun yang berlaku sekarang, PMX menjilat ludahnya sendiri. Sementelah lagi, jawatan di dalam kabinet adalah prerogatif PM. Hak untuk menerima Zafrul ke dalam PKR juga adalah 'acuan' Presiden PKR!

Terlalu banyak bukti lain menunjukkan PMX dan Zafrul langsung tidak memperdulikan suara dan rungutan rakyat! tak perlu Pak Maon sebutkan satu persatu.

Sebagaimana gerakan 'membunuh' Rafizi di dalam PKR, Pak Maon percaya selepas ini akan ada suara-suara bak 'ayam berkokok' dari PKR yang akan merasionalisasikan penyertaan Zafrul ke dalam PKR.

Presiden UMNO pula hanya berstatus 'anak murid' kepada Presiden PKR. Anak murid mestilah 'dengar dan patuh' setiap kata-kata gurunya. Pak Maon percaya tidak akan ada gerakan dari UMNO menarik sokongan dari kerajaan madani berkaitan isu ini.

Begitulah nasib UMNO kini. Ibarat 'melukut di tepi gantang'. Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang. UMNO ini terlalu bertolak ansur. Setelah stabil, UMNO beransur-ansur ditolak.

Habis madu sepah dibuang! Yang tinggal hanyalah ahli-ahli UMNO yang gigih memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanahair. Bagi pimpinan pula, mereka riang dan gembira berkongsi kepentingan bersama.

Maka tidak keterlaluan jika Pak Maon katakan bahawa, Zafrul dan PMX hanya ketawa sahaja terhadap desakan  ketua-ketua UMNO bahagian. MCA dan MIC juga sedang mentertawakan UMNO (time to pay back).

Rakan-rakan di dalam Kerajaan Madani yang tidak senang UMNO kuat juga akan turut tertawa.

Malahan lebih teruk lagi, UMNO juga ditertawakan oleh ahli-ahli mereka sendiri kerana telah ditertawakan oleh komponen PH, BN selain musuh-musuh tradisi UMNO.

Seolah-olah semua parti politik kini sedang mentertawakan UMNO kerana tindakan UMNO sendiri. Begitulah nasib UMNO setakat ini.


Pak Maon : Minggu lepas PMX ditertawakan kerana pemilihan PKR. Minggu ini giliran UMNO pula ditertawakan kerana 'langkah' Tengku Zafrul.

Comments

Popular posts from this blog

NAJIB MOHON MAAF, DAP YANG KOYAK!

KETUA MENTERI MELAKA 'MELANCONG' LAGI!