Posts

ZAFRUL DAN PMX SEDANG MENTERTAWAKAN UMNO!

Seantero negara kini tertumpu kepada UMNO yang bakal kehilangan seorang ahli bertaraf senator dan menteri. Tengku Zafrul telah mengeluarkan kenyataan rasmi beliau sudah pun menghantar surat kepada Presiden UMNO untuk berbuat demikian. Maka 'bergegarlah' pemimpin-pemimpin UMNO menepis dan bersilat berkaitan isu ini. Pak Maon tersenyum sinis apabila ada sesetengah Ketua UMNO bahagian mendesak dengan begitu 'garang' sekali. Apa pun desakan mereka kepada Zafrul dan PMX, Pak Maon cuma nak ingatkan kepada ketua-ketua UMNO bahagian bahawa Zafrul dan PMX ini kalis bunyi! Mereka akan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap desakan tersebut. Buktinya jelas dan nyata sekali. Rafizi telah mendedahkan PMX memang 'overule' peraturan PKR yang tidak membenarkan ahli baru bertanding jawatan tinggi dalam parti. Kemenangan Naib Presiden PKR R. Ramanan membuktikannya. Ketika kempen PRU 15 Anwar (sebelum jadi PM) sendiri menyatakan jika Zafrul dari UMNO (ketika itu) menang d...

SPRM : ANTARA DUA DARJAT

KES 1 Pak Maon terkejut mendengar perihal seorang pendakwah bebas yang ada kes AMLA menawarkan RM150 ribu bagi menggugurkan kesnya kepada pihak berkaitan. Samada jumlah tersebut merupakan tawaran dari pemberi atau permintaan dari penerima, biarlah SPRM yang siasat. Lanjutan itu, tiga orang berkaitan telah ditangkap oleh SPRM bagi membantu siasatan. Ketiga-tiga mereka yang disyaki telah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan lanjut kes ini. Majistret membenarkan tahanan reman. Maka ketiga-tiga OKS (orang kena siasat) terpaksa tidur di dalam lokap SPRM bagi melengkapi proses tersebut. Jumlah tunai terlibat semasa tangkapan adalah RM20 ribu. Mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah menaiki van SPRM dengan bergari dan memakai baju oren 'lokap SPRM'. Tidur mereka hanya beralas simen, tiada bilik, tiada pendingin hawa dan hanya melihat sekeliling dari sebalik tirai besi sahaja. KES 2 Pak Maon lebih terkejut besar mendengar kes Fashion Valet ...

NAJIB MOHON MAAF, DAP YANG KOYAK!

Maka riuhlah seantero negara apabila Datuk Seri Najib memohon maaf dalam kes 1MDB. Teks permohonan maaf tersebut telah dibaca oleh anak Najib di perkarangan mahkamah tempohari dengan kehadiran peguam beliau. Pak Maon tidak menjangkakan permohonan maaf Najib mendapat respon yang luar biasa. Bagi Pak Maon, mana-mana individu yang memohon maaf dalam apa jua situasi adalah seorang yang berjiwa besar. Ia ibarat pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Walaupun pernah menjadi Perdana Menteri, Najib tetap memohon maaf kepada rakyat Malaysia biarpun biarpun ianya mengundang kontroversi awam. Namun masyarakat menerima permohonan tersebut dengan pelbagai reaksi. Paling ranggi (istilah kasual) ialah pemimpin DAP. Berhempas pulas mereka cuba merealisasikan ketidakwajaran permohonan Najib. Pak Maon rasa tujuan DAP hanya satu, iaitu cuba mengukuhkan kembali ikatan penyokong mereka yang kian longgar. Manakan tidak, sejak menjadi kerajaan, DAP telah banyak melanggar prinsip perjuangan me...

BARU ANGKAT SUMPAH, PRABOWO ADA SAINGAN BARU?

Kali ini Pak Maon mau bicara isu internasional. Acah-acah Indo gitu walhal tiada sikit pun darah Indo. Prabowo Subianto telah rasmi menjadi Presiden Republik Indonesia ke-8. Kontroversi kemenangan Prabowo yang didokongi Jokowi hanya tinggal sejarah setelah beliau mengangkat sumpah Ahad lalu. Nampaknya Partai Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P, parti yang dibeloti Jokowi) tidak mengambil masa yang lama untuk berduka. PDI-P segera bangkit dari kepedihan akibat dikhianati Jokowi lalu terus mara mempersiapkan masa hadapan. Sejurus kemenangan Prabowo disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, PDI-P menampilkan calon baru yang bakal dipersiapkan untuk bersaing di pemilihan presiden (PILPRES) 2029. Pak Maon nampak calon yang dimaksudkan itu ialah Andika Perkasa, seorang Jeneral bersara dan kini sedang bersaing untuk jawatan Gubernur Jawa Tengah. Pemilihan Gubernur (PILGUB) Jawa Tengah bakal diadakan pada 27 Nov 24 nanti. Jeneral Andika mewakili PDI-P dan akan mempertahankan kawasan Jawa Teng...

BAJET MADANI

Pak Maon suka nak mengulas bajet yang dibentangkan minggu lalu oleh PMX yang juga Menteri Kewangan. Umumnya, ia adalah bajet yang baik seperti bajet-bajet yang telah dibentangkan sebelum ini (termasuk oleh kerajaan terdahulu). Prinsip asas mana-mana kerajaan yang berkuasa tentunya akan memberikan yang terbaik untuk rakyatnya. Ini praktis realiti bagi kelangsungan sesebuah kerajaan untuk kekal berkuasa. Perkara utama yang dilihat tentunya bantuan kepada rakyat. Kerajaan Perpaduan Madani tetap meneruskan bantuan kewangan tunai (w/pun nama diubah). Jumlahnya dinaikkan berdasarkan tuntutan semasa. Pak Maon setuju sangat dengan bab ini. Kerajaan Madani meneruskan bantuan ini biarpun mereka yang membantah bantuan seumpama ini suatu masa dahulu. Nama bantuan pun ditukar, tapi tak mengapalah. Janji bantuan tetap ada! Cuma Pak Maon nak tegur sikit. Kerajaan Madani ni dah banyak kali umum dulu baru nak kaji. Kali ini tentang pelarasan subsidi petrol RON95. Umum dalam bajet nak dilaksanakan pada ...

MADANI 'FLIP-FLOP'?

Itulah, mengata dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih! Perumpamaan ini layak digunapakai kepada kerajaan Madani. Zaman BN terutama zaman Pak Lah menjadi PM, apa yang tidak mereka kata kepada kerajaan ketika itu. Kini senuanya ibarat meludah ke langit, ludah jatuh tertepek ke muka sendiri. Buat PADU kononya mahu diguna sebagai elemen melaksana subsidi bersasar. Tak tahu apa dah jadi PADU. Jangan jadi seperti ikan Padu....kang sudah.  Membusuk dan hanya dibuang pemancing apabila ikan tersebut memakan umpan. Kemudian dibuat BUDI pula. Satu sistem yang tidak jauh beza PADU. Harus daftar bagi melayakkan rakyat meneruma subsidi. BUDI pun dah senyap. Jangan termakan budi, bodi yang tergadai sudahlah.. Tak cukup dengan itu,  bulan Jun 2024 dibuat pula Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Kena daftar lagi bagi mereka yang layak menerima subsidi diesel individu. Terkini, nak daftar masuk portal kerajaan (dimulakan dengan JPJ), harus gunakan ID tunggal dan harus daftar d...

Tahniah BN! JGN TERLEBIH GOYANG.

Pak Maon mengucapkan setinggi tahniah kepada BN yang mengekalkan DUN Mahkota dengan majoriti besar. Selayaknya UMNO dan BN bergembira dengan kejayaan ini setelah mengalami kemerosotan semasa PRU dan PRK lalu. Namun perjalanan BN dalam kancah politik negara kini masih jauh. Walaupun wujud lebih 60 tahun, UMNO / BN kini perlu menjalani proses 'fisioterapi' bagi memulihkan parti. Pak Maon tiada masalah jika komen-komen pemimpin UMNO menggambarkan kejayaan DUN Mahkota dan Nenggiri seolah-olah telah memenangi PRU. Namun jangan komen tersebut dilihat angkuh serta bongkak. Jika 'psy-war' untuk melemahkan pihak lawan, ok. Cuma jangan berlebih-lebihan.  Takut nanti terpaksa menelan balik segala kata-kata seperti yang sering terjadi sebelum ini.  Kesepakatan dalam kerajaan Perpaduan sebenarnya masih belum kukuh. Proses pengukuhan dan pemantapan perlu lebih lagi dari apa yang diusahakan sekarang. Apa pun tahniah UMNO dan BN. Kena sentiasa ingat, kejayaan yang diperolehi juga adala...