KETUA MENTERI MELAKA 'MELANCONG' LAGI!

Tidak sampai dua bulan baru pulang dari Australia dan China, KM Melaka Ab. Rauf Yusoh 'melancong' lagi. Kali ini ke Geogia konon hadir ke program 'World Tourism Day'.


Bukan tak boleh hadir, tapi banyak program pelancongan Melaka ke luar negara dilihat bertindan dengan kehadiran Exco negeri yang bertanggungjawab dalam potfolio pelancongan.

Bukan sekali, bukan dua kali malah berkali-kali situasi ini berlaku. Asal ada saja lawatan ke luar negara, KM Melaka akan turut serta bersama dengan Exco Pelancongan Melaka.

Tentunya berlaku peningkatan kos dan tidak ekonomik dalam lawatan-lawatan seperti ini. Kos penerbangan, lojing dan utiliti semuanya meningkat berkali ganda untuk tujuan yang sama.

Sepatutnya biarlah Exco Pelancongan yang hadir ke program-program seperti ini. Ini memang bidang dan tanggungjawab beliau. Ketua Menteri hanya pantau dan terima laporan berkaitan perkembangan program.

KM bukan sekadar menyertai lawatan-lawatan berkaitan potfolio pelancongan ke luar negara, mesyuarat berkaitan pelancongan di dalam dan luar negara juga beliau hadir dengan diiringi Exco Pelancongan.

Apakah Ketua Menteri sudah menjadi Ketua Menteri merangkap 'de facto' Exco Pelancongan Melaka?

Nampaknya *PMX perlu tengok-tengok juga lawatan-lawatan Ketua Menteri Melaka ni*, bukan hanya setakat berani batalkan lawatan pegawai seramai 68 orang keluar negara.


Pak Maon : teringat janji manis 'tatatekola' (sebutan YB Bentong) yang kini macam dah ke laut.

Comments

Popular posts from this blog

ZAFRUL DAN PMX SEDANG MENTERTAWAKAN UMNO!

NAJIB MOHON MAAF, DAP YANG KOYAK!