Tahniah BN! JGN TERLEBIH GOYANG.
Pak Maon mengucapkan setinggi tahniah kepada BN yang mengekalkan DUN Mahkota dengan majoriti besar.
Selayaknya UMNO dan BN bergembira dengan kejayaan ini setelah mengalami kemerosotan semasa PRU dan PRK lalu.
Namun perjalanan BN dalam kancah politik negara kini masih jauh. Walaupun wujud lebih 60 tahun, UMNO / BN kini perlu menjalani proses 'fisioterapi' bagi memulihkan parti.
Pak Maon tiada masalah jika komen-komen pemimpin UMNO menggambarkan kejayaan DUN Mahkota dan Nenggiri seolah-olah telah memenangi PRU.
Namun jangan komen tersebut dilihat angkuh serta bongkak. Jika 'psy-war' untuk melemahkan pihak lawan, ok. Cuma jangan berlebih-lebihan.
Takut nanti terpaksa menelan balik segala kata-kata seperti yang sering terjadi sebelum ini.
Kesepakatan dalam kerajaan Perpaduan sebenarnya masih belum kukuh. Proses pengukuhan dan pemantapan perlu lebih lagi dari apa yang diusahakan sekarang.
Apa pun tahniah UMNO dan BN. Kena sentiasa ingat, kejayaan yang diperolehi juga adalah ujian. Jadikan ujian ini untuk kita berusaha lebih keras untuk kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.
Pak Maon : teringat cerita Nasib Do Re Mi, Pak Maon goyang terlampau sangat, akhirnya bini pulas telinga.
Comments
Post a Comment