BAJET MADANI

Pak Maon suka nak mengulas bajet yang dibentangkan minggu lalu oleh PMX yang juga Menteri Kewangan. Umumnya, ia adalah bajet yang baik seperti bajet-bajet yang telah dibentangkan sebelum ini (termasuk oleh kerajaan terdahulu).

Prinsip asas mana-mana kerajaan yang berkuasa tentunya akan memberikan yang terbaik untuk rakyatnya. Ini praktis realiti bagi kelangsungan sesebuah kerajaan untuk kekal berkuasa.

Perkara utama yang dilihat tentunya bantuan kepada rakyat. Kerajaan Perpaduan Madani tetap meneruskan bantuan kewangan tunai (w/pun nama diubah). Jumlahnya dinaikkan berdasarkan tuntutan semasa.

Pak Maon setuju sangat dengan bab ini. Kerajaan Madani meneruskan bantuan ini biarpun mereka yang membantah bantuan seumpama ini suatu masa dahulu. Nama bantuan pun ditukar, tapi tak mengapalah. Janji bantuan tetap ada!

Cuma Pak Maon nak tegur sikit. Kerajaan Madani ni dah banyak kali umum dulu baru nak kaji. Kali ini tentang pelarasan subsidi petrol RON95. Umum dalam bajet nak dilaksanakan pada pertengahan 2025.

Tiba-tiba Menteri Ekonomi kata, pelarasan subsidi tersebut masih dalam kajian bagi katogeri T15. Bukan apa, nampak anti klimaks di situ. Masih ada 7 bulan sebelum ianya dilaksanakan. Harap selesailah perkara ini.

Begitu juga pelaksanaan gaji minimum. Kerajaan umum RM1700, kenaikan RM200 dari jumlah sebelumnya. Pak Maon dengar ramai majikan yang merungut. Masa jelajah dialog bajet Kementerian Kewangan, takkan isu ini tidak timbul.

Kita tidak mahu bunyi cengkerik dan langau masih kedengaran biar pun bajet ini diluluskan setelah perbahasan. Biarlah ianya dilaksana sesuai kemampuan semua pihak. Jangan terjadi lagi 'rumah siap, pahat masih berbunyi'!


Pak Maon : masih tetap naik basikal nak pergi goyang malam pesta muda mudi.

  


Comments

Popular posts from this blog

ZAFRUL DAN PMX SEDANG MENTERTAWAKAN UMNO!

NAJIB MOHON MAAF, DAP YANG KOYAK!

KETUA MENTERI MELAKA 'MELANCONG' LAGI!